Belum lagi sebulan tinggal di Saudi, kawan aku dah jadi begini. YM chat pun disimpan. Dia pun dah menjadi penulis hebat, akan menjadi tersohor tak lama lagi..hahaha.
Penangan Saudi Syndrome —> ini
Sememangnya hidup di sana agak sadis nadanya.
Belum lagi sebulan tinggal di Saudi, kawan aku dah jadi begini. YM chat pun disimpan. Dia pun dah menjadi penulis hebat, akan menjadi tersohor tak lama lagi..hahaha.
Penangan Saudi Syndrome —> ini
Sememangnya hidup di sana agak sadis nadanya.
Semasa berjalan menuju ke tangga parkir di pejabatku, terlihat seorang lelaki yang sedang asyik bergayut di telefon bimbitnya. Dari firasatku, mungkin dia sedang bercakap dengan isteri yang tercintanya. Pada masa yang sama, dia tidak sedar yang suaranya menyebabkan echo yang agak kuat bila kami menuruni tangga tersebut. Dan terdengarlah aku segala perbualannya. Satu potong perkataan yang masih terngiang hingga sekarang ialah:
“Abang on the way ni…”
Padahal dia masih ada 10 meter untuk sampai ke petak parkir keretanya.
Penipu.

Bila Nikon D200 & 18-200 f3.5-5.6 meronta-ronta ingin dibebaskan dari dalam almari dan bertembung pula dengan workshop ‘Potraiture Lighting’ oleh Ted Adnan semalam, inilah jadinya.

Adeq - model yang menjadi bahan eksperimen dari teori yang diajar.

Wanda - model yang sungguh professional.
Jadi semalam, aku habiskan masa sehari suntuk di dalam Hutan Ulu Langat untuk belajar tentang ‘lighting’ pada fotografi. Sangat menarik. Ilmu yang disampaikan jelas, persekitaran yang selesa menjadikan masa berlalu tanpa disedari.
Aku shoot hampir 200 gambar. Yang boleh pakai hanya 23 sahaja. Ratio yang agak tinggi berbanding dengan Journalist NatGeo.
Balik dari situ, aku terus ke rumah Engku, melantak nasi dagang. Selepas itu aku, dengan mata kuyu, aku teruskan perjalanan balik ke rumah…

“Aiyoo, macam mana BN boleh kalah aaa ini kali? Wa sula pangkah diolang, kalah juga”, ujar pemandu teksi berbangsa Cina yang mengambil aku di depan Puduraya pagi tadi. Dengan dahi berkerut, dia berkata lagi, “Apasal olang suda tak mau sokong BN, BM takda buat kerja ka?”. Aku senyum lebar. Aku tengok gaya pemandu itu. Kesian pun ada. Dengan baju cap biskut yang lusuh mungkin dah berusia lebih dari 7-8 tahun, seluar hitam yang dah menjadi pudar warnanya, surat khabar terkini di depan Dashboard, aku dapat jangka pemandu ini mungkin mendapat maklumat dari 2 punca : Surat Khabar & sembang pemandu-penumpang. Maklumat yang diterima mungkin juga berat pada sesuatu pihak, untuk kepentingan mereka.
Sepanjang perjalanan itu, dahinya berkerut, memikirkan masa depan, yang padanya telah kelam, bila di tempat dia mengundi telah diambil oleh pihak lain, dan sekarang dia pula menjadi pembangkang. Dia bercerita lagi, pasal Khir Toyo menangis, Samy Vellu lari bercawat ekor, Koh Tsu Koon yang mengundur diri secara gentleman dan Pak Lah yang masih di takhta. Aku beri idea-idea ku yang bernas, walaupun kepalaku masih lagi ‘high’ dengan ubat selsema minggu lepas. Dia cakap, siapa mahu wakilkan masyarakat India di dalam BN bila semua wakilnya kecundang. Aku hanya diam. Tajam gak fikiran pakcik ni.
Teksinya membawa aku terus ke tengah KL, melalui jalan bertentang The Beach, sambil bersembang tentang kekalahan BN 2 hari lepas. Dia masih lagi tidak boleh menerima kekalahan itu. Aku berkata padanya “Taukeh, selama ini, itu wakil rakyat patutnya berkhidmat untuk masyarakat, tapi ramai tak jumpa masyarakat. Duduk rumah, atau pergi jalan-jalan atau buat benda lain. Lu sudah orang pilih jadi wakil, lu kena serve the people. Lu tak buat. Ini sekarang orang mau tunjuk, dia boleh pilih siapa dia mahu jadi wakil”. Aku berkata lagi, “Siapa pun menang uncle, itu orang kita pilih mesti buat kerja. Diaorg yang diberi amanah untuk menjalankan kerja. Itu orang kalah, 5 tahun lagi boleh bertanding.” Dia angguk sahaja. Mungkin dia paham. Mungkin juga confuse.
Sedar tak sedar, teksinya dah sampai depan ofis aku. Aku hulurkan bayaran tambang, dia kembalikan baki. Aku kata “See You, uncle”, dan teksinya beredar. Dalam pikiran aku berkata, memang teori aku pasal pemandu teksi selama ini memang betul. Mereka semua memang tajam fikirannya dan mengikut perkembangan semasa. Cuma sayangnya, medium yang dipilih hanyalah satu cara.
Walau apapun, kalau anda tiada kawan untuk bersembang, naiklah teksi, 80% pemandunya sangat peramah.
To all my friends who celebrate it, i wish them Gong Xi Fa Cai & may you all have a prosperous year ahead!

Aku dah belinya lama dahulu, masa hari pertama ‘launching’ di seluruh dunia. Aku dapat t-shirt percuma sebab aku antara 20 orang pertama mendapatkannya. Fast forward, hanya hari ini aku dapat ‘install’nya dengan hati yang tenang. Antara sebabnya, sekarang ini dah banyak software patch yang keluar untuk menyokong Leopard 10.5.1. Jadi, aku terus buat apa yang patut. Alhamdulillah, semua OK! Yang tak OK hanya t-shirt itu makin lusuh sebab di’kidnap’ oleh isteriku.

I like this metaphor so much, so i excerpt it from the source - the magic of metaphor
One time, a women came to Gandhi and asked him to tell her overweight son to stop eating sugar.”Madam,” he replied, “come back in three weeks’ time.”Suprised at this request, she nevertheless returned with her son three weeks later.Gandhi looked at the boy and said “Stop eating sugar.”When the boy had left the room, the mother turned to Gandhi and asked why he hadn’t said this three weeks ago.Gandhi replied, “Madam, three weeks ago I myself was eating sugar.”
I was thinking, when was the last time i met such congruent person in my life, be it on the professional or personal level? Hmmm…it seems that i need to thread back to my timeline.
